Jumlah BKM yang Akan Diterima Golongan Bujang September 2022

Bantuan Keluarga Malaysia kini berada dalam fasa 3. Jika mengikut jadual yang pernah dipaparkan oleh pihak BKM, pembayaran BKM fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan September.

Satu jadual yang pernah dikeluarkan oleh pihak Hasil adalah jadual bila penerima secara tunai boleh mula menuntut secara tunai pembayaran mereka.

Ianya dijadualkan boleh dituntut bermula 8 September 2022 bagi pembayaran secara tunai di BSN.

jadual bayaran
Jumlah BKM yang Akan Diterima Golongan Bujang September 2022 6

Jumlah BKM yang diterima Golongan Bujang

Golongan bujang adalah antara penerima paling ramai dalam senarai penerima BKM.

Bagi bayaran Fasa 3, jumlah yang akan diterima adalah sebanyak RM150. jumlah yang sama bagi golongan bujang berumur 59 ke bawah dan juga bagi golongan bujang berumur 60 tahun ke atas.

Pembayaran BKM bagi golongan bujang diteruskan sehingga fasa 4. Namun, pada fasa 4, tiada pembayaran dibuat bagi golongan bujang berumur 59 ke bawah. Namun, bagi golongan bujang berumur 60 tahun ke atas,masih tetap menerima pembayaran BKM, iaitu sebanyak RM150.

Kesimpulannya, golongan bujang akan menerima sejumlah RM400 bagi yang berumur 59 ke bawah. Manakala golongan bujang berumur 60 tahun ke atas menerima jumlah sebanyak RM650.

Untuk info tambahan, ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai anak adalah tergolongan dalam golongan penerima bujang BKM.

Maklumat lebih jelas mengenai pembayaran BKM bagi bujang, boleh dilihat di bawah ini.

Jumlah BKM yang Akan Diterima Golongan Bujang September 2022 4
Jumlah BKM yang Akan Diterima Golongan Bujang September 2022 7