Permohonan Jawatan Guru Kafa Negeri Kedah 2023

Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telahpun membuka iklan permohonan bagi mengisi jawatan sebagai guru kafa di negeri Kedah. Permohonan ini adalah bagi pengambilan guru tahun 2023.

Individu yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online melalui borang permohonan yang disediakan. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk membuat permohonan secara online guru Kafa negeri Kedah tahun 2023.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-40 tahun.
  • Mempunyai sijil SPM dengan keputusan kepujian Bahasa Melayu dan kepujian Pendidikan Islam atau kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau kepujian Pendidikan Syariah Islamiah dan lulus Bahasa Arab atau yang setaraf.
  • Bermastautin dan tinggal di Kedah.
  • Mempunyai lesen memandu.
  • Lengkap vaksinasi Covid-19.
  • Sihat tubuh badan

Dokumen diperlukan permohonan Guru Kafa Negeri Kedah

Antara dokumen softcopy yang diperlukan untuk memohon jawatan ini adalah;

  • Gambar berukuran passport.
  • Sijil SPM
  • Sijil SPM Ulangan (Jika ada/ berkaitan)
  • Sijil pengesahan vaksinasi covid-19 yang mana ianya boleh diperolehi pada aplikasi Mysejahtera.

Perkara yang belum diambil kira sebelum mengisi borang

  • Isi borang ini dengan lengkap.
  • Setiap pemohon hanya boleh menghantar satu permohonan sahaja.
  • Pastikan email anda aktif
  • Tidak boleh berkongsi email dengan pemohon yang lain.
  • Permohonan akan ditolak jika tidak mematuhi perkara-perkara ini.

Keputusan sama ada anda layak dipanggil mengikuti ujian temuduga akan dimaklumkan 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Cara Permohonan Guru Kafa Negeri Kedah Tahun 2023

Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan borang permohonan guru kafa Kedah di https://bit.ly/kafakedah
  2. mengisi borang secara online.
  3. Maklumat yang diminta adalah seperti maklumat peribadi dan juga keputusan peperiksaan SPM anda.
  4. Pastikan anda mengisi borang dengan lengkap sebelum klik hantar borang.
iklan permohonan guru kafa negeri kedah  tahun 2023
iklan rasmi jawatan yang dikeluarkan oleh bahagaian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Tarikh Tutup Permohonan Guru Kafa Kedah 2023

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 6 Disember 2022 bersamaan dengan hari selasa.

Kami mengucapkan selamat membuat permohonan. Semoga permohonan anda berjaya dan diterima menjawat jawatan ini.