Seperti yang kita sedia maklum, pada penghujung tahun 2022 ini dijangkakan akan berlaku cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat dan berterusan akan berlaku sehingga menyebabkan banji.
Amaran Hujan dari Jabatan Meteorologi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini (8 November 2022 – 11 November 2022).
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Berpotensi Menyebabkan Banjir
“Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semoga kita dapat bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.