Berikutan peningkatan kes Covid-19 bermula Februari 2022 ini, ramai yang mendapat notifkasi status MySejahtera berubah kepada kontak kasual/ casual contact.
Jika anda mendapat notifkasi ini, pertama sekali anda jangan panik. Lebih banyak benda yang anda boleh panikkan selain perkara ini. Contohnya baju bertimbun masih tak basuh, duit simpanan dah terbeli sport rim dan lain-lain.
Okay, berbalik kepada status mysejahtera berubah kepada kuning ni, ini menandakan bahawa anda pernah check-in mysjehatera ke tempat dan masa yang sama dalam tempoh 5 hari yang lalu.
Tidak semestinya kawan rapat yang kita kenal, mungkin juga orang lain yang tidak kita kenali positif semasa berada di premis berkenaan.
Apa perlu buat Jika MySejahtera Bertukar Kontak Kasual
• Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 5-10 hari. Anda boleh keluar seperti biasa tak perlu lakukan ujian swab test RTK mahupun PCR.
• Sesetengah kedai / premis juga masih menerima mereka yang mempunyai status kuning ini. Namun ada juga kedai/premis yang akan menyemak profil anda.
• Tidak perlu menjalani kuarantin, anda boleh datang kerja seperti biasa.
• Anda juga boleh hadir ke PPV untuk tujuan vaksinasi.
• Jika tiada gejala yang dialami, tidak perlu menjani ujian RTK ataupun ujian pengesanan Covid-19 yang lain.
• Terus pantau status kesihatan anda. Jika ada Oximeter lagi elok. Jika tiada, dapatkan di sini.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP dan pakai pelitup muka dan jaga jarak , elakkan tempat yang sempit dan tertutup.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info dan maklumat penting yang berlaku di Malaysia.