Vaksin Covid-19 iaitu Pfizer baru sahaja sampai ke Malaysia. Ianya dilihat memberikan harapan bagi menurunkan kes Covid di negara ini.
Kini rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membuat pendaftaran secara online.
Di sini kami kongsikan caranya.
Namun, sebelum itu, sila pastikan anda mengemaskini / update aplikasi tersebut sama ada pada PlayStore ataupun AppStore.
Artikel lain: Pembayaran BPR kini mula dibuat, layari SEMAKAN BPR 2021 .
Cara Mendaftar Vaksin Covid-19
Caranya adalah seperti berikut:

Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.

Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar.

Kemudian, barulah klik menu yang tertera Vaksinasi Covid-19.

Klik menu yang tertera seperti gambar di atas ini.

Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan.Dan setelah selesai, klik sahkan.

Anda akan ditanya jika maklumat anda betul.Klik OK.

Klik seterusnya bagi mengetahui sama ada anda berada dalam kategori fasa 1 penerima vaksin atau tidak.

Untuk makluman, fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner).
Jadual mengikut fasa adalah seperti di bawah.
- fasa 1 (februari – April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahanan
- Fasa 2 (April- Ogos 2021): Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas.
- Fasa 3 (May 2021 – Februari 2022): Golongan selebihnya.
ARTIKEL LAIN: i-Sinar boleh mula disemak kelulusan pada 8 Mac, layari SEMAKAN STATUS I-SINAR.
