Selepas pengumuman berkenaan penggunaan RFID di semua tol di Malaysia. Banyak isu yang muncul pada hari pelaksanaanya.
Antaranya adalah pelekat RFID tidak berfungsi di mana ianya tidak dapat di kesan oleh tol.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Masalah lain yang muncul adalah RFID yang rosak ini kerana oelekat yang terdapat pada RFID adalah amat sensitif , sama seperti roadtax. Pelekat ini mudah rosak apabila telah dilekatkan, kemudian dikopek sedikit untuk membetulkannya.
Disebabkan masalah yang muncul ini, pihak PLUS telah hadir dengan inisiatif membantu mereka yang menghadapi masalah ini.
Cara Gantikan RFID Rosak dan Tidak Berfungsi
Setiap Plaza Tol yang menggunakan RFID akan ada staf ‘incharge’ untuk kes-kes RFID rosak ini.
Akan ada staf Plaza Tol standby menggunakan pengesan/scanner manual jika pelekat tidak dapat dikesan.
Jika selepas menggunakan scanner daripada staf, ianya masih tidak dapat dikesan (detect), maka pengguna akan diberikan kupon untuk menggantikan pelakat baru secara percuma di pusat pemasangan TNG terdekat.
Bagi mereka yang masih tidak ada pelakat ini, dan ingin mendapatkannya, bolehlah lihat DI SINI.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini dan maklumat mengenai TOL dan RFID.
Cara Guna RFID Dengan Betul
Kemungkinan juga cara penggunaan RFID anda tidak betul. Oleh itu, anda boleh lihat cara penggunaan RFID yang betul pada infografik di bawah ini.
Dimanakah perlu pasang pelakat RFID?
Pada cermin hadapan kereta.
Bolehkah cuci kereta selepas pasang tag RFID?
Elakkan mencuci kereta dalam masa 24 selepas memasang.
Berapakah kos pemasangan?
RM35.