Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan

By Editorial

Nombor pinjaman PTPTN adalah nombor yang berbeza dengan nombor kad pengenalan anda.

Ramai peminjam terlupa akan nombor ini. Selalunya nombor pinjaman diperlukan untuk membuat transaksi di portal PTPTN. Sebagi contoh membayar baki pinjaman dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan cara mudah untuk anda ketahui nombor pinjaman anda.

Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN

Cara yang mudah adalah layari laman web : https://www.ptptn.gov.my . Kemudian pergi ke bahagian live chat.

Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan 2
Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan 6

Klik ikon Live Chat dan mulalah berinteraksi dengan staf yang bertugas.

pada permulaan chat, pihak mereka akan meminta butir seperti nombor kad pengenalan dan email. Kemudian mereka akan meminta pengesahan nama tempat pengajian serta kursus yang diambil.

Nyatakan di dalam chat berkenaan bahawa anda ingin mendapatkan nombor pinjaman.

nombor pinjaman ptptn.
Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan 7

Selain itu, nombor pinjaman boleh diperolehi dengan login ke dalam sistem ptptn di https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

Pergi ke bahagian penyata baki dan klik semak nombor pinjaman.

semak nombor pinjaman
Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan 8

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat dan membantu anda untuk dapatkan no pinjaman PTPTN anda.