Berita baik kepada ibu bapa yang bakal memasukkan anak ke sekolah untuk tahun 1. Kini permohonan kemasukan tahun 1 untuk sesi persekolahan dibuka secara online.
Permohonan ini mula dibuka pada 1 Mac 2022. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online).
Baca: Bantuan Awal Persekolahan
Syarat Kemasukan Tahun 1
Ini adalah syarat untuk kemasukan ke tahun 1 bagi 2023 dan 2024.
- Warganegara Malaysia
- Berumur genap enam tahun pada tahun permohonan dibuka.
- Contoh:Kemasukan tahun 1/2023 adalah untuk kanak-kanak warganegara lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
Cara Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Borang permohonan secara online perlu diisi pada laman web https://public.moe.gov.my
Jika anda baru kali pertama menggunakan sistem berkenaan, anda perlulah daftar pengguna baharu dulu pada pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna
Anda dikehendaki mengisi dengan lengkap maklumat yang diminta.
Selesai dengan proses pendaftaran akaun, anda boleh mula mengisi borang perndaftaran tahun 1.
KPM ada menyediakan panduan lengkap ‘step by step’ untuk anda mengisi borang. Lihat di sini https://public.moe.gov.my/panduan/edr_manualpengguna.pdf
Permohonan Secara Manual
Selain membuat permohonan secara online, para ibu bapa juga boleh terus berhubung dengan sekolah yang anda pilih untuk anak anda bersekolah.
Permohonan boleh dibuat terus di sekolah berkenaan.
Tarikh Tutup Permohonan
Bagi pendfataran kemasukan tahun 1 murid 2023, tarikh tutup adalah pada 1 April 2022. Manakala bagi kemasukan 2024 pula anda boleh memohon sehingga 1 April 2023.
Jom join channel telegram kami di t.me.portalsemakandotcom untuk lebih info mengenai dunia pendidikan di Malaysia dan juga info umum.
Bilakah permohonan kemasukan tahun 1 2023/2024 dibuka?
Pada 1 Mac 2022.
Bilakah tarikh tutup?
30 April 2022 dan 30 April 2023 (bagi kemasukan 2024)
Bagaimanakah cara untuk memohon?
Permohonan dibuat secara online.