Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bantuan akan mula diedarkan bermula 17 Januari 2022.
BAP 2022 ini akan diberikan kepada murid yang akan masuk dalam sesi persekolahan tahun 2 hingga tingkatan 5 bagi sesi 2022/2023.
Baca: Takwim Persekolahan 2022
Bagi murid tahun 1 yang bakal mendaftar pada Mac ini pula, BAP akan diberikan kepada mereka selepas sesi pendaftaran selesai.
BAP akan dibayar kepada pelajar yang layak iaitu bagi isi rumah berpendapat RM3000 ke bawah.
Jumlah Pembayaran BAP 2022
Jumlah bayaran BAP telah dipersetujui untuk dinaikkan dari RM100 kepada RM150 bagi setiap murid.
Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan secara tunai ataupun melalui pemindahan ke bank akaun bagi mereka yang mempunyai nombor akaun.
Anda bolehlah ikuti channel t.me/portalsemakandotcom untuk info dan kemaskini mengenai bantuan yang ditawarkan.
Maklumat lanjut mengenai BAP ini boleh diperolehi di https://moe.gov.my
Bilakah pembayaran BAP 2022 akan dibuat?
Bermula 17 Januari 2022.
Berapakah jumlah bayaran BAP 2022?
Sebanyak RM150
Adakah pelajar tahun 1 juga turut menerima bantuan ini?
Ya. Selepas pendaftaran selesai.