Pendaftaran Prasekolah Online 2022 (ePrasekolah) telah dibuka. Ibubapa boleh memohon secara atas talian ataupun secara manual.
Pendaftaran Secara Atas Talian (online)
- Ibubapa boleh memohon secara atas talian di laman web berikut :- https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Bagi permohonan secara atas talian, ibubapa hendaklah mencetak borang permohonan tersebut dan borang ini perlu dihantar kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mei beserta dengan dokumen yag berkaitan.
Pendaftaran Secara Manual
- Bagi pendaftaran secara manual, ibubapa hendaklah mengambil borang permohonan disekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah pula bertanggungjawab untuk mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang SIstem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 mei beserta dengan dokumen yang berkaitan.
Tarikh Penting Pendaftaran Prasekolah
Bagi ibubapa yang terlibat, anda dinasihatkan memastikan permohonan dibuat dalam tempoh masa yang ditentukan.
- Permohonan secara atas talian : 1Mac hingga 30 April tahun sebelum. Sekiranya anda terlepas tarikh ini. Sila kemukakan permohonan secara manual.
2. Permohonan secara manual : 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum.
Syarat Permohonan
Seperti kemasukan ke sekolah yang lain, KPM telah menetapkan beberapa syarat bagi kemasukan prasekolah KPM iaitu :
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak berumur 5+ (Lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
- Kelonggaran juga diberikan kepada anak-anak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan
Bagi pemilihan sekolah pula, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
Secara ringkas, berikut merupakan gambarajah permohonan secara atas talian :
Berikut merupakan permohonan secara manual :
Baca lagi : https://portalsemakan.com/pendaftaran-murid-tahun-1/