Cara Semakan Status Halangan Ke Luar Negara 2022 (Senarai Hitam)

Adakah anda berniat untuk ke luar negara? Jika ya, sudahkan anda membuat semakan sama ada nama anda tidak disenarai hitamkan dan mendapat halangan keluar negara?

Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan status perjalanan imigresen.

Anda boleh dihalanga untuk keluar negara atas sebab-sebab telah disenarai hitam disebabkan hutang, terdapat kes mahkamah yang belum selesai dan sebagainya.

Antara sebab yang paling ramai orang tidak dibenarkan keluar negara adalah hutang PTPTN.

Semakan Status Perjalanan Imigresen 2022

Untuk membuat semakan, layari: https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) ke dalam ruangan yang disediakan.

ruangan semakan.
Cara Semakan Status Halangan Ke Luar Negara 2022 (Senarai Hitam) 4

Jika anda tiada halangan, notis seperti di bawah akan dipaparkan.

halangan imigresen.
Cara Semakan Status Halangan Ke Luar Negara 2022 (Senarai Hitam) 5

Semakan Halangan Masuk Ke Sabah Sarawak

Sistem semakan ini hanya terpakai untuk perjalan ke luar negara. Bagi kemasukan ke negeri Sabah atau Sarawak, ianya tertakluk kepada undang-undang negeri berkenaan.

Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini maklumat umum dan bantuan yang ditawarkan kerajaan.