PTPTN 2022: Cara Dapatkan Diskaun 15% Bayaran Balik Hutang

Posted on

cara abayar diskaun ptptn

Informasi

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kemudahan kepada para peminjam PTPTN dalam bentuk insentif diskaun.

Diskaun diberikan kepada peminjam yang ingin membayar bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Pemberian diskaun ini adalah dalam 3 bentuk:

  • Diskaun 15% : Diberikan kepada peminjam yang membayar secara penuh.
  • Diskaun 12%: Bayaran sekurang-kurangnya 50% dari baki hutang.
  • Diskaun 10%: Diberikan kepada mereka yang memilih potongan terus melalui gaji ataupun debit yang mengikut jadual.

Cara Membayar Hutang PTPTN Dengan Diskaun

Terlebih dahulu dapatkan pengesahan baki hutang pada portal rasmi PTPTN di pautan: https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama . Jika tidak tahu no. pinjaman boleh baca artikel: Semakan Nombor Pinjaman PTPTN

Selepas mendapatkan pengesahan, boleh bayar melaluui saluran-saluran yang disediakan PTPTN. Login PTPTN SINI.

Manakala bagi mereka yang memilih untuk pembayaran melalui potongan gaji ataupun debit terus, boleh layari:

Insentif ini akan dikemaskini di dalam penyata akaun pinjaman untuk setiap peminjam. Ianya dikemaskini pada bulan berikutnya selepas pembayaran dibuat.

Jika masih ada kekeliruan berhubung diskaun yang ditawarkan ini, boleh layari FAQ PTPTN ini.

Ikuti juga kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini bantuan dan maklumat umum.

Berapakah diskaun yang diberikan kepada peminjam PTPTN?

10% hingga 15%.

Bilakah tarikh akhir penawaran diskaun ini?

30 April 2022.

Adakah pembayaran melalui KWSP dibenarkan?

Ya.

Tags:

bantuan terkini