Cara Daftar Pertama Kali Menjadi Ahli KWSP (Pencarum)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu badan yang membuat caruman bulanan buat pekerja dan majikan demi kesejahteraan pekerja di masa hadapan. Jika anda baru bekerja, semestinya anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli KWSP bagi membolehkan caruman anda dibuat majikan.

Terdapat beberapa cara untuk anda boleh mendaftar sebagai ahli KWSP. Kami terangkan secara ringkas di dalam artikel ini.

Cara Daftar KWSP

4 cara anda boleh menjadi ahli KWSP , iaitu;

  1. Secara automatik
  2. Secara daftar di kaunter
  3. melalui i-Akaun Majikan
  4. dan melalui Self-Service Terminal.
Cara Daftar Pertama Kali Menjadi Ahli KWSP (Pencarum) 3
Cara Daftar Pertama Kali Menjadi Ahli KWSP (Pencarum) 5

Secara automatik

Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.

Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Melalui kaunter

Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.

Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

Majikan

Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.

Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

Self-Service Terminal

Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai SST dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.

Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

Bila dan bagaimana kaedah pendaftaran KWSP?

Pekerja perlu didaftarkan dengan KWSP, serta merta melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Kaedah 1 – Menggunakan Borang KWSP 3 (melalui Kaunter atau Mel) Pekerja warganegara Malaysia mengemukakan maklumat & kad pengenalan kepada majikan. Bagi pekerja bukan warganegara, mengemukakan pasport, permit kerja atau visa yang sah serta Borang KWSP 16B kepada majikan.

b. Kaedah 2 – Melalui borang caruman bulanan (Borang A) Kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja. Majikan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan yang tepat seperti mana kad pengenalan pada borang caruman (Borang A). Pendaftaran ahli akan dibuat secara ‘auto’.

c. Kaedah 3 – Melalui MyKad di Kaunter Pekerja perlu mengemukakan MyKad di mana maklumat peribadi pekerja akan diekstrak dari cip MyKad dan disimpan dalam sistem KWSP.

d. Kaedah 4 – Majikan log in ke i-Akaun Majikan (myEPF) Masukkan maklumat pendaftaran ahli. Selepas 3 hari, semak status pendaftaran ahli. Ahli datang ke kaunter untuk pengesahan cap ibu jari.

Setiap nombor ahli KWSP adalah unik. Nombor ahli ini adalah juga nombor akaun KWSP anda yang akan digunakan dalam setiap urusan KWSP anda, termasuk bayaran caruman dan pengeluaran. Oleh itu, ia amatlah penting bagi memaklumkan nombor keahlian anda kepada majikan baru bagi memastikan bayaran caruman dapat dikreditkan secara berterusan dan tepat ke dalam akaun KWSP anda.

Selamat mendaftar

Kami ucapkan selamat membuat pendaftaran untuk menjadi ahli KWSP. Semoga anda mendapat segala manfaat dan kelebihan yang disediakan KWSP selepas menjadi ahli.

Antara kelebihan yang ketara adalah, anda akan mempunyai simpanan persaraan di waktu tua nanti.

Selain itu, akaun 2 boleh digunakan untuk pelbagai fungsi pengeluaran yang dapat meringankan beban ahli/pencarum sendiri.