Hujung tahun 2021 akhirnya tiba. Ianya juga akan menjadi bulan di mana para pelabur ASB dan ASN sudah mulai berkira-kira akan dividen yang bakal diperolehi.
Sebelum pengumuman dividen tahunan, pihak ASN akan mengumumkan tarikh penangguhan urusniaga dan pembukaan semula.
Pada tempoh penangguhan ini, tiada sebarang urusan boleh dibuat, termasuklah penambahan pelaburan (memasukkan duit) atau[un jualan semula (mengeluarkan duit).
Tarikh Rasmi Tangguh dan Pembukaan urusniaga
Bagi memberi ruang kepada pengiraan dividen yang bakal diperolehi kelak, tarikh berikut ditetapkan sebagai tempoh penangguhan urusniaga ASB/ ASN dan ASN Imbang 3 Global.
- ASB / ASN : 23 Disember 2021 – 2 Januari 2022.
- ASN Imbang 3 Global : 29 Disember 2021 – 3 Djanuari 2022.

Selepas pembukaan urusniaga, para pelabur bolehlah mengeluarkan wang dividen yang telah dimasukkan ke dalam akaun ASB/ ASN masing-masing.
Jom join kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai ASB.
Berapakah lamakah tempoh penangguhan uruniaga?
Selama 10 hari.
Bolehklah pengeluaran dibuat dalam tempoh ini?
Tidak boleh.