TAWAS adalah ringkasan bagi tabung warisan anak Selangor (TAWAS). Ianya adalah satu program yang diwujudkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Tabung ini dibuka khusus untuk anak-anak yang lahir di Selangor.
Jika anak-anak anda masih belum anda daftarkan ke dalam TAWAS. Mohon sekarang untuk mendapat kelebihan yang diberikan di dalam program TAWAS.
Antara kelebihan TAWAS adalah, semua ahli yang mencecah umur 18tahun akan mendapat wang bantuan sebanyak RM1500. Manakala jika meninggal sebelum mencecah umur 18 tahun, wang tersebut akan diserahkan kepada waris terdekat.
Cara Semakan TAWAS Online
Berikut adalah cara anda boleh menyemak status TAWAS anak seterusnya mendapat penyata akaun TAWAS.
- Layari laman web https://tawas.yawas.my/login.php
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang semak.
- paparan Nama anak, mykid,status permohonan, dan penyata TAWAS serta kad Simanja.
Kad SiManja adalah satu kad yang akan diterima oleh pemohon yang lulus dalam permohonan TAWAS. Kad ini penting untuk digunakasn sebagai rujukan di masa depan kerana ianya juga boleh digunakan mendapatkan penyata di mana-mana Kaunter YAWAS.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan ataupun pertanyaan mengenai TAWAS, boleh hubungi nombor telefon 03-5481 8800 atau boleh kunjungi pejabat YAWAS yang beralamt di Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000, Shah Alam, Selangor.
Borang tuntuan TAWAS (Ahli Meninggal Dunia)
Seperti yang anda tahu, ahli yang meninggal sebelum umur 18 tahun tetap akan mendapat bayaran sebanyak RM1500. Yang mana ianya akan diberikan kepada waris yang terdekat. Oleh itu, waris perlu mengisi borang Khairat Kematian yang disediakan oleh Tabung Warisan Anak Selangor. Borang tersebut boleh diperolehi pada pautan ini.
Antara dokumen diperlukan bagi memohon khairat kematian ini adalah;
- Sijil Kemtian Ahli TAWAS
- Sijil Akaun Bank Ahli TAWAS
- kad SiManja TAWAS
- Mykad pemegang amanah (waris)
- Muka hadapan buku akan bank/ salinan penyata akaun bank (bahagian mukasurat yang tertera maklumat nombor akaun bank sahaja.