Senarai Bantuan Banjir Untuk Rakyat Malaysia 2023

Posted on

BANTUAN BANJIR

Isu Semasa

Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan diramalkan bakal turun dan mengakibatkan banjir di beberapa tempat pada penghujung tahun ini. Kerajaan juga telah mengambil banyak inisiatif dan siap siaga untuk menghadapi bencana ini.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi membantu golongan terjejas akibat banjir yang melanda.

Bantuan yang disediakan kerajaan terbahagi kepada 3 bentuk iaitu;

  1. Bantuan kewangan
  2. Pembiayaan
  3. Bantuan Komuniti.

Bantuan kewangan adalah bantuan berbentuk tunai yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa bagi membantu mengurangkan beban akibat bencana baniir yang dihadapi.

Pembiayaan pula meliputi pembiayaan 0% dan moratorium selama 6 bulan diberikan kepada mangsa banjir.

Manakala dari segi bantuan komoditi, adalah kerajaan menyediakan bantuan keperluan asa dan tenaga kerja bagi membantu kerja-kerja pemulihan pasca banjir.

Senarai Bantuan Banjir Untuk Rakyat Malaysia 2023 1
Senarai Bantuan Banjir Untuk Rakyat Malaysia 2023 3

Senarai Bantuan

Ini adalah senarai bantuan banjir:

Bantuan dari segi kewangan yang disediakan kerajaan adalah termasuk:

  1. Bantuan RM1000 wang ihsan seisi rumah.
  2. Rebat sebanyak 100% bil elektrik.
  3. rebat sebanyak RM500 pembelian barangan elektrik.
  4. bantuan RM2500 bagi membeli barangan keperluan khas.
  5. Servis tunda percuma daripada Perodua dan diskaun 50% kos upah baik pulih dan servis.
  6. Diskaun 50% daripada proton bagi kos alat ganti kenderaan.
  7. Bantuan automotif dengan diskaun 25% alat ganti kenderaan dan baucer sehingga RM1000 diberikan.
  8. bantuan kematian NADMA iaitu RM10,000 diberikan kepada waris yang terlibat.
  9. RM1800 diberikan kepada pesawah yang mengalami kemusnahan
  10. bantuan kerugian yang dialami petani, penternak dan peladang.
  11. RM3,000 geran bagi perniagaan mikro dan informal yang terkesan.

Selain itu, banyak juga bantuan pembiayaan yang disediakan buat mangsa banjir. Antaranya adalah.

  1. RM700,00 kemudahan pinjaman PKS
  2. RM150,000 kemudahan pinjaman perusahaan mikro.
  3. RM10,000 bantuan pinjaman MyRInggit i-Banjir.
  4. Skim pembiayaan informal dan mikro bagi PKMS.
  5. Baikpulih premis dan pembelian kelengkapan buat PKS.

Dari segi bantuan komunitI pula;

  1. bantuan daripada GLC
  2. Kerja-kerja pemuluhan
  3. pembersihan serta pembaikan rumah RM5,000
  4. pembinaan rumah yang mengalami kerosakan serius sehingga RM56,000

Maklumat lanjut mengenai semua ini boleh diperolehi dalam laman bantuanbanjir.com

Tags:

bantuan terkini