Semakan Pengesahan Dalam Perkhidmatan SPA Tahun 2023

Posted on

Informasi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membangunakan portal untuk penjawat awam agar boleh membuat semakan pengesahan dalam perkhidmatan. Portal ini dibangunkan khusus buat penjawat awam.

Semakan Pengesahan Dalam Perkhhidmatan

Semakan boleh dibuat pada laman web: https://myservice.spa.gov.my/

Semakan Pengesahan Dalam Perkhidmatan SPA Tahun 2023 1
Semakan Pengesahan Dalam Perkhidmatan SPA Tahun 2023 3

Mulai 1 Mac 2022, surat kelulusan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen bagi permohonan tahun 2022 dan ke atas hendaklah dicetak sendiri oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai.

Urusan Pengesahan Pelantikan (LR), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP):
(a) Semakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2020 dan ke atas.
(b) Cetakan adalah bagi permohonan yang diterima mulai tahun 2022 dan ke atas.

Semakan urusan Penentuan Gaji Permulaan (PGM) bagi pengalaman Swasta, Tentera dan Kontrak yang diterima mulai 2021 dan ke atas.

Perhatian : Pengurus Sumber Manusia dan Pegawai

Pengurus Sumber Manusia hendaklah memaklumkan kelulusan setiap urusan perkhidmatan oleh Suruhanjaya kepada Pegawai dan merekodkan kelulusan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan Pegawai.

Pegawai hendaklah memastikan kelulusan setiap urusan perkhidmatan diambil maklum oleh Pengurus Sumber Manusia dan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Tags:

bantuan terkini