eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD)

eGumis merupakan portal untuk membuat semakan berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD).

Portal ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan secara atas talian.

Apa itu Wang Tak Dituntut?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tahukah anda bahawa sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cara Semakan eGumis 2023

Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengemukakan permohonan :

  1. Layari Portal eGumis : https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser Jika telah mempunyai akaun boleh terus login di https://egumis.anm.gov.my/login
  2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  3. Pengguna akan mendapat emel. Log masuk portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan. Sebaiknya pengguna menukar kata laluan yang baru bagi memudahkan pada masa hadapan.
  4. Kemaskini maklumat pengguna.
  5. Klik pada KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT untuk membuat semakan WTD melalui pengenalan diri.
  6. Sekiranya ada,cetak maklumat WTD tersebut.
eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD) 2
eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD) 4

Dokumen Diperlukan

Bagi mengelakkan penipuan, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan sebelum membuat semakan iaitu :

  1. Borang UMA-7 yang legkap diisi dan ditandatangan.
  2. Salinan Kad Pengenalan.
  3. Salinan cetakan carian WTD yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGumis.
  4. Dokumen asal yang berkenaan.
  5. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD sekiranya dokumen asal tiada.
  6. Salinan muka hadapan buku akaun.
  7. Sekurang-kurangnya dua daripada 3 dokumen :
  1. Borang pembelian asal banke cheque.
  2. Banker cheque yang asal.
  3. Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD.
BACA JUGA:  5 Tahun Pengecualian cukai kepada golongan wanita jika BN Menang PRU 15

Penama Meninggal dunia

Jika penama yang disemak telah meninggal dunia, berikut cara untuk membuat tuntutan wang tidak dituntut yang boleh dibuat waris.

  1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang siap diisi dan ditandatangani oleh Waris/Pentadbir
  2. fotostat dokumen pengenalan diri Waris/Pentadbir
  3. fotostat muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh waris/pentadbir, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dipindahkan terus ke dalam akaun).

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman adalah tidak dibenarkan untuk diguna.

  1. Salinan Sijil Kematian
  2. Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi / Pihak Berkuasa/Pejabat Daerah di Sabah atau Sarawak/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad yang mempunyai maklumat WTD dalam senarai harta
  3. Dokumen asal atau surat pengesahan (jika berkenaan)

Nota:

** Untujk makluman, Sijil Faraid adalah bukan Surat Kuasa Mentadbir.

** Perintah Mahkamah/Grant Of Probate/Letters Of Administration daripada Mahkamah Luar Negara perlu didaftar dan dimeterai di Mahkamah Tinggi Malaya.

** Salinan dokumen perlu disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.

NOTA:

Bagi tuntutan WTD bagi jumlah kesemua berjumlah sehingga RM2,000, jika tidak terdapat surat kuasa mentadbir kelonggaran diberikan dengan menghantar dokumen berikut:

i. fotostat dokumen yang menunjukkan pertalian/ hubungan seperti Sijil Kelahiran, Sijil Nikah atau lain-lain dokumen yang sah; dan

ii. Borang AM 80 dan Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 yang lengkap diisi.

Nota: Dokumen ASAL juga perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam jangka masa tujuh hari berkerja daripada tarikh permohonan atas talian dibuat.

Info lanjut FAQ egumis: https://egumis.anm.gov.my/faq

artikel lain: