Permohonan PISMP IPG Lepasan SPM 2021

Kerjaya sebagai seorang guru semakin diminati ramai dan dijadikan sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang guru, anda boleh menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai batu loncatan untuk mencapai impian tersebut.

Cara Memohon PISMP IPG

Bagi mereka yang benar-benar berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

disini : https://www.moe.gov.my/en/

Setelah itu, permohonan anda akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM, pemohon yang terpilih pula dikehendaki untuk menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum dipanggil untuk temuduga.

Bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temuduga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti, para pemohon dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan pengumuman oleh KPM di laman web mereka.

Pemohon boleh mengemukakan SATU(1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Pemohon hendaklah mengesahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

Nombor rujukan hendaklah disimpan oleh pemohon kerana ianya penting untuk membuat semakan dimasa akan datang.

Sila pastikan permohonan anda lengkap. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Baca lagi : https://portalsemakan.com/biasiswa-ismp/

Syarat-syarat Permohonan ke IPG

Sebelum mebuat permohonan, adalah lebih baik anda mengambil berat berkenaan syarat-syarat yang dikenakan.

Syarat umum :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Asas Akademik :

1.Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) matapelajaran di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut iaitu :

  1. Bahasa Melayu , dan
  2. Sejarah
  3. Mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Anda tidak layak memohon sekiranya anda :

  1. Sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
  2. dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semsa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Selamat memohon!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.