Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu (e-Perumahan)

Posted on

cara mohon e-perumahan terengganu

Isu Semasa

Kerajaan Terengganu menyediakan portal khas untuk rakyat Terengganu membuat permohonan Rumah Mampu Milik dan juga Skim Pinjaman perumahan Terengganu.

Apakah itu Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu?

Terdapat 3 jenis perumahan mampu milik yang boleh dipohon oleh anda sebagai rakyat Terengganu, ianya adalah;

  • Jenis A
  • Jenis B
  • Perumahan i-Rahman

Setiap jenis perumahan ini mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap rumah.

Syarat Rumah Jenis A

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:

  • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
  • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Syarat Rumah Jenis B

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Perumahan i-Rahman

1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan

11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Cara Permohonan

Cara permohonan rumah mampu milik Terengganu adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran online perlu dibuat pada pautan https://eperumahan.terengganu.gov.my/register
  2. Selesai mendaftar, log masuk ke dalam akaun.
  3. Isi maklumat anda dengan pilih daerah dan maklumat tanah.
  4. Kemaskini maklumat pemohon.
  5. Pilih projek bagi kategori beli rumah sekiranya ada iklan tersedia.
  6. Buat permohonan dan hantar.
cara mohon rumah mampu milik Terengganu.
Aliran permohonan

Maklumat lanjut mengenai e-Perumahan Terengganu ini juga boleh diperolehi di https://eperumahan.terengganu.gov.my/

artikel lain:

Hubungi

Anda boleh hubungi alamat, nombor teelfon dan emel seperti yang tertera di bawah:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)

TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.

 +09-626 7999
+ 09-631 7999

[email protected]

Tags:

bantuan terkini