Semakan Imigresen Status Perjalanan SSPI Online

Jabatan Imigresen Malaysia telah membangunkan satu sistem yang dipanggill sebagai Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI). Sistem ini membolehkan rakyat Malaysia membuat semakan nama blacklist imigresen (senarai hitam). Selain itu sistem ini berfungsi sebagai sistem semakan status perjalanan .

Baca juga:

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Cara Semakan Status Perjalanan

Cara semakan status perjalanan dan nama blacklist imigresen adalah seperti berikut;

  1. Layari laman rasmi SSPI https://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang semak.
  4. Status blacklist imigresen anda akan dipaparkan.

Jika tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas anda, paparan seperti gambar di bawah ini akan ditunjukkan.

Semakan Imigresen Status Perjalanan SSPI Online 2

Sistem semakan yang dibangunkan ini hanyalah untuk menyemak status dokumen perjalanan ke luar negara sahaja. Manakala, bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak, ianya adalah tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri berkenaan.

Syarat berlepas dari Malaysia

Di sini kami kongsikan sedikit info mengenai beberapa syarat perlu dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia yang berlepas keluar dari Malaysia. Info ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kelak di masa hadapan.

Perjalanan Antarabangsa
Seseorang yang ingin keluar dari Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i.  Mempunyai Pasport atau Dokumen
a) Setiap orang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang sah.
b) Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan ke atas.

ii.  Mempunyai Pas
a)Pas adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran atau permit untuk berada atau tinggal di Malaysia.
b)Tempoh pas mestilah sah berlaku.

iii. Mempunyai Pas Masuk Kapal
a)Setiap pelawat perlu mengemukakan pas masuk โ€˜Boarding Passโ€™ sebagai bukti penumpang tulen

iv.ย Bukan Orang Yang Tidak Dibenarkan Meninggalkan Malaysia
a)Penumpang perlu memastikan mereka tidak tersenarai sebagai orang yang tidak dibenar meninggalkan Malaysia. Jika tersenarai di dalam senarai orang yang tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia, sila dapatkan surat kemudahan berlepas daripada Bahagian Keselamatan & Pasport Jabatan Imigresen Malaysia bagi mereka yang telah mendapat perlepasan dari agensi yang berkaitan.

Penerbangan domestik

Manakal, bagi penerbangan domestik pula, syarat berikut perlu dipatuhi.

Perjalanan Dalam Negeri

Berlepas dari Negeri Sabah dan Sarawak
Seseorang yang ingin keluar dari Sabah dan Sarawak untuk perjalan dalam negeri perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mengemukakan salah satu dokumen berikut
a) Pasport Antarabangsa Malaysia(PMA)
b) Dokumen Perjalanan Terhad(DPT)
c) Pasport Malaysia Terhad(Brunei)
d) Perakuan Cemas Malaysia
e) Dokumen Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Kad Pengenalan(MYKAD),Kad Pengenalan Sementara(JPN KP09/kp11/kp22) yang sah,sijil Lahir atau MYKID.
f) Dokumen pengenalan IMM93
g) Kad BAT.C 10(ATM)
h) Kad Kuasa(PDRM)

ii. Mempunyai Pas
a) Pas adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran atau permit untuk berada atau tinggal di Malaysia
b) Dokumen Gantian Pasport IMM14
c) Seksyen 66(1)(d) dan 66(2) Akta Imigresen 1959/63
d) Tempoh pas mestilah sah berlaku.

iii. Mempunyai Pas Masuk Kapal
a) Setiap pelawat diperlukan juga untuk mengemukakan pas masuk โ€˜Boarding Passโ€™ sebagai bukti penumpang tulen