Teras kedua dalam Rancangan Malaysia kesebelas yang mana memfokuskan ke arah kesejahteraan rakyat diteruakn lagi dalam program SPKR.SPKR salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar. Salah satu komponen di dalam SPKR ialah program Rumah PPRT. Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat permohonan rumah perumahan rakyat termiskin bagi tahun 2023.
Tujuan utama PPRT adalah unruk meningkatkan lagi kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan bina atau baikpulih rumah bagi kemudahan kediaman yang kondusif dan selesa.
Jenis PPRT
Terdapat dua jenis bantuan PPRT iaitu;
- Bina baharu
- Baik pulih
Manakala baik pulih terbahagi kepada;
- Selenggara
- Penambahbaik
- Requisition
Syarat Permohonan PPRT
Program ini dikhaskan buat ketua isi rumah yang berada pada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan). Pemohon haruslah disahkan sebagai miskin tegar ataupun mempunyai maklumat dalam e-Kasih.
Bagi PPRT bina baharu. Syaratnya adalah;
- Tidak ada rumah sendiri.
- rumah yang diduduki telah uzur dan tidak selamat
- memilik tanah sendiri atau;
- memilik sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah dari tuan tanah.
Bagi PPRT baikpulih;
- Mempunyai rumah yang uzue atau risak akibat bencana.
- Mendapat kebenaran baik pulih dari tuan tanah (jika menumpang tanah orang lain).
Golongan berikut adalah diberi keutamaan;
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- ibu/bapa tunggal yang ada ramai anak.
- mangsa bencana
Bagi yang menggunakan tanah orang lain, perlulah mengisi borang kebenaran yang boleh
Cara Mohon PPRT
Cara permohoanan rumah PPRT perlulah dibuar cara online dengan mengisi semua maklumat dengan lengkap.
- Layari MOHON PPRT
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.
- Borang permohonan akan dipaparkan untuk anda isi.
Semakan
Jika anda pernah membuat permohonan sebelum ini dan ingin membuat semakan, bolehlah layari laman web yang sama untuk permohonan.
Dokumen diperlukan
Dokumen yang perlu ada semasa membuat permohonan ini adalah;
- pemilikan harta / tanah
- pendapatan
- gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan
Jumlah Bantuan
Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengeluarkan jadual mengenai jumlah bantuan yang akan diterima buat pemohon yang lulus perumahan PPRT sama ada kategori baik pulih ataupun bina baru.
Kos bagi bina baharu adalah maksimum RM56,000 bagi di Semenanjung dan RM68,000 di Sabah dan Sarawak.
Manakala kos maksimum bagi baikpulih adalah RM13,000 di semenanjung dan RM15,000 di Sabah/Sarawak.