Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023 Masih Dibuka. Mohon Sekarang

Posted on

permohonan sekolah khusus

Pendidikan

Bagi murid yang ingin menyambung persekolahan ke Sekolah Khusus, kini boleh membuat permohonan secara online.

Permohonan ini adalah bagi kemasukan sekolah khusus tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi tahun 2023.

Permohohonan ini dibuka sehingga tarikh tutup iaitu pada 30 November 2022. Anda masih boleh mohon.

Sekolah Khusus adalah sekolah yang meliputi;

  • SMK Agama
  • SM Teknik
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Kolej Vokasional
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Permohonan adalah dibuat secara online sepenuhnya.

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

layari laman web berikut:

Untuk tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/

Untuk tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

Kemudian klik menu permohonan untuk login menggunakan nombor kad pengenalan anda dan juga nombor kad pengenalan penjaga anda.

Anda cuma perlu login. Maklumat yang digunakan adalah berdasarkan yang telah didaftarkan di bawah maklumat murid di dalam sistem KPM.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023 Masih Dibuka. Mohon Sekarang 1
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023 Masih Dibuka. Mohon Sekarang 5
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023 Masih Dibuka. Mohon Sekarang 3
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023 Masih Dibuka. Mohon Sekarang 6

Kami mengucapkan selamat maju jaya . Semoga permohonan anda diterima.

Tags:

bantuan terkini