KWSP 2.0 Ada Tak? Ini Jawapan Rasmi Dari Pihak KWSP

Ura-ura mengenai pengeluaran KWSP 2.0 kembali menjadi perbualan orang ramai. Ditambah lagi ada beberapa pihak yang memperjuangkan agar pengeluaran KWSP dapat dilakukan sekali lagi.

Setelah pelbagai petisyen dibuka dan juga borang maklumbalas dibuat, masih tidak kedengaran mengenai berita pembukaan semula pengeluaran KWSP yang kini orang gelar sebagai KWSP 2.0.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Pengguna Tanya KWSP

Bagaimanapun, di laman Facebook, terdapat pengguna yang bertanya jika terdapat pengeluaran KWSP 2.0.

KWSP 2.0 Ada Tak? Ini Jawapan Rasmi Dari Pihak KWSP 2

Jawapan pihak KWSP adalah seperti berikut:

Hi! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 dilaksanakan. Mohon berhati-hati dengan info yang ditularkan berkaitan Pengeluaran 10k melalui laman media sosial dan Whatsapp. Anda dinasihatkan untuk dapatkan info terkini berkaitan produk dan perkhidmatan KWSP melalui saluran rasmi KWSP:

  1. Laman web: www.kwsp.gov.my
  2. Facebook: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
  3. Twitter: https://twitter.com/KWSPMalaysia
  4. LinkedIn: https://my.linkedin.com/company/epf-malaysia
  5. Youtube: https://www.youtube.com/user/KWSPMalaysia
    Terima kasih
    RY

Jangan dedahkan maklumat peribadi

Sebelum ini juga, pihak KWSP meminta agar semua orang dapat berhati-hati dalam mengisi mana-mana borang yang bukan rasmi dari kerajaan/ KWSP. Ini kerana dikhuatiri data anda akan digunakan bagi tujuan yang tidak baik.

KWSP 2.0 Ada Tak? Ini Jawapan Rasmi Dari Pihak KWSP 4

Dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Ingat, kita perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada! Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/be-cautious-of-suspicious-emails-calls-and-messages untuk info lanjut. -SNS