Sekarang ini adalah musim anak-anak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan SPM.
Antara kegusaran ibu bapa berkenaan menyambung pelajaran ini adalah kos pembiayaan pendidikan anak-anak.
Ini termasuklah kos yuran pendaftaran, penginapan asrama/kolej, kos perjalanan dan lain-lain.
Buat ibu bapa yang mempunyai simpanan di dalam KWSP, usah risau kerana anda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk membiaya mereka.
Di sini kami kongsikan caranya.
Cara Menggunakan KWSP Untuk Pembayaran Yuran Pengajian
Sebelum itu, kita ketahui dahulu apakah syarat kelayakan untuk memohon kemudahan dari KWSP ini.
Ini bermakna, baki di dalam akaun 2 perlulah mencukupi untuk layak digunakan bagi tujuan pendidikan anak-anak.
Antara kos yang akan dibiayai adalah:
- Yuran pengajian dan caj yang perlu dibayar kepada institusi pengajian.
- Yuran asrama dan penginapan pelajar.
- Tiket pesawat sehala bagi pelajar tahun perama yang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bila boleh keluarkan?
Pengeluaran boleh dibuat setiap semester tahun pengajian.
Dokumen berikut diperlukan untuk permohonan.
- Bukti penerimaan pengesahan pendaftaran pelajar.
- Bukti pengajian (salinan keputusan peperiksaan terkini).
- Dokumen tambahan seperti borang temuduga dan lain-lain.
Anda boleh hadir ke pejabat KWSP berhampiran anda untuk membuat permohonan ini. Sila bawa bersama dokumen-dokumen yang berkaitan.