Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah (BAIK) 2.0 . BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.
Pelaksanaan bantuan akan mensasarkan 1000 pelajar miskin tegar dengan jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM1.5 juta.
Pelaksanaan BAIK
Pelaksanaan inisiatif fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyka RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.
Bagi pelaksanaan Fasa 2, inisiatif ini diperluaskan kepada pelajar anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian di IPT.
Kriteria Permohonan
Kriteria permohonan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti :
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT yang berstatus Bumiputera berasal dari Negeri Sabah yang memerlukan komputer bagi tujuan pembelajaran.
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
Cara Mohon Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah
Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah boleh dibuat melalui cara permohonan seperti berikut :
- Layari pautan rasmi permohonan disini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfA01VScxmjrtDqR9zYSC8AYIO0UHVL0Ba-q1jPs0TpmD-EGw/viewform?pli=1&fbclid=IwAR13S6PdVKklcCF5thH3wzCuBNnkXELx_H_zTuTfHwBoZICBWOlyHiIfYp4
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Semak maklumat yang diisi.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah adalah :
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
- Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA / IPTA.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut menenai Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah BAIK 2.0, pemohon boleh hubungi Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas di talian 088-369897.
Soalan Lazim
Bolehkah pelajar dari negeri lain untuk memohon ?
Tidak. Khas untuk Negeri Sabah.
Sekiranya telah menerima komputer, bolehkah memohon untuk kedua kalinya ?
Tidak. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.