Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan 2022

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan. Melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Para penternak kecil ruminan dialu-alukan bagi memohon Bantuan Insentif Makanan ternakan Ruminan ini.

Bantuan Insentif ini diwujudkan bagi membolehkan penternak kecul ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

Ini sekaligus mampu menurunkan harga ruminan di pasaran yang dapat membantu pengguna mendapatkan bekalan ruminan dengan harga yang murah.

Tarikh Permohonan

Bagi para penternak yang berminat dengan bantuan insentif ini, pemohon boleh membuat permohonan sehingga sebelum atau pada 30 November 2022.

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Syarat Kelayakan

Para penternak yang ingin memohon perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu :

  • Permis ternakan mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Makanan Ternakan mestilah menggunakan PKC dan disertakan dengan invois pembelian.
  • Pemohon merupakan penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah :
    – Lembu/Kerbau < 50 ekor induk.
    – Kambing/Bebiri < 100 ekor induk.
  • Pemohon mestilah menghantar borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran pada atau sebelum 30 November 2022.

Cara Mohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan

Cara mohon permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan = https://drive.google.com/file/d/1PoZ57f5_YZU11u_PGmMsKy_tlyVVeT6i/view
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi PKC, pemohon boleh layari laman web = https://www.dvs.gov.my/%20

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan ini ?

Sebelum atau pada 30 November 2022.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Apakah kelebihan bantuan ini diwujudkan ?

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan ini diwujudkan bagi membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.