iBAKIPT Fasa 2 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah

iBAKIPT Fasa 2 2022. iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak kelahiran Negeri Kedah yang mana berjaya untuk melanjutkan pengajian mereka ke IPT.

Oleh itu, pelajar baharu yang memasuki IPT pada tahun ini dialu-alukan untuk memohon dan permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online).

Tarikh Permohonan

Bagi mereka yang berminat dan layak untuk memohon, permohonan iBAKIPT Fasa 2 2022 boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 sehingga 15 November 2022.

iBAKIPT Fasa 2 2022
iBAKIPT Fasa 2 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah 6

Kadar Bantuan

Kadar bantuan untuk pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini adalah RM300.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah :

  1. Pemohon lahir di Negeri kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah dibawah RM3,000.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan baharu tahun 2022 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  5. Pelajar kategori berikut yang tidak layak untuk memohon adalah :
    i) Pelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation.
    ii) Pelajar Pasca-Siswazah (Sarjana/Master/Ph.D).
    iii) Pelajar separuh masa.
    iv) Pelajar luar kampus.
    v) Pelajar di Institusi Perguruan (IPG).
    vi) Pelajar Program Persesiaan Ijazah Sarajan Muda Perguruan.
    vii) Pelajar di bawa latihan separa perubatan di kolej Perubatan / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA JUGA:  eGumis 2023 : Semakan Wang Tak Dituntut Online (eWTD)

Cara Mohon iBAKIPT Fasa 2 2022

Bagi mereka yang layak untuk memohon iBAKIPT Fasa 2 2022, boleh ikuti langkah-langkah tersebut untuk membuat permohonan :

  1. Layari laman web rasmi = https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/login.php?a=NzUxNzI2
  2. Klik bahagian “Daftar Pengguna Baru”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
  4. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Pergi ke menu “Perkhidmatan” dan klik butang “BAKIPT”.
  6. Isi maklumat permohon yang diperlukan dengan betul.
  7. Muat naik dokumen sokongan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
iBAKIPT Fasa 2 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah 4
iBAKIPT Fasa 2 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah 7

Dokumen Sokongan

Dokumen sokong yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalh :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Slip Gaji / Penyata pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank.
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai iBAKIPT Fasa 2 2022, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) di talian 04-702 7272/7283 atau email ke [email protected].

Soalan Lazim

Berapakah kadar bantuan yang diterima oleh pelajar yang layak ?

RM300

Bilakah tarikh permohonan ?

1 Ogos 2022 hingga 15 November 2022.