TESP MARA 2022 : Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP). Untuk makluman, TESP adalah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada lepasan asasi/Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Diploma dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpiih.

Selain itu, bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Iajazah Pertama juga turut boleh memohon program ini.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

TESP MARA 2022 : Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 3

Tarikh Permohonan

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari ini boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 4 Ogos 2022 (Khamis).

Pinjaman Pelajaran Bakal Diterima

Berikut adalah bentuk pinjaman pelajaran di bawah Program TESP yang merangkumi :

  • Yuran.
  • Elaun Sara Hidup (ESH).
  • Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.
Program Penajaan Pengajian Tertiari

Bidang Dan Sub Bidang Pengajian

Bidang dan sub bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti dalam gambar tersebut :

TESP MARA 2022 : Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari 6

Syarat Umum

Syarat umum yang telah ditetapkan oleh pihak MARA bagi pinjaman pelajaran adalah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga (kecuali pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian sahaja, seperti :
Kategori Kelayakan Pendapatan Bulanan Pendapatan Bercukai Tahunan
Yuran dan Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawah
Yuran SahajaRM12,001 – RM20,000RM150,001 – RM250,000
  • Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Syarat Kelayakan Khusus

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.0 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2021.
  • Bagi pelajar yang sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK 3.0 ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu tahun.
  • Pelajar juga perlu lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Prubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.

Cara Mohon Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari

Pemohon yang ingin membuat Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari , pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi disini = https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Klik butang “Daftar Sekarang”.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun”.
  4. Log masuk dengan memasukkan no. dak pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan maklumat npermohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Klik “Hantar Permohonan”.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari , sila hubungi :

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
    ATAU
    Pemohon boleh layari laman web = https://www.mara.gov.my/

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon program ini ?

Tidak melebihi 40 tahun semasa membuat permohonan.

Bolehkah membuat permohonan, sekiranya pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama ?

Permohonan akan ditolak.