DB40 JPA 2022 : Permohonan Program Dermasiswa Untuk Lepasan SPM 2021

Permohonan Program Dermasiswa DB40. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40).

Matlamat perlaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2021 dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan Dermasiswa ini dikhususkan terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Tarikh Permohonan

Bagi pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022 secara atas talian (online).

Syarat Umum

Syarat umum bagi Permohonan Program Dermasiswa yang telah ditetapkan oleh pihak JPA adalah :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Pendapatn perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4000 sebulah dan ke bawah.
Permohonan Program Dermasiswa
DB40 JPA 2022 : Permohonan Program Dermasiswa Untuk Lepasan SPM 2021 4

Syarat Khusus

Selain itu, syarat khusus bagi Permohonan Program Dermasiswa yang telah ditetapkan juga perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu :

i.) Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti :

  1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-manan 3 subjek lain yang diambil.
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

ii.) Bagi Istitusi Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran Mara/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun – Malayia (JMTI).

  1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil.
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Tidak Ditaja

Bagi bidang yang tidak ditaja adalah :

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan sepertilesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Cara Mohon Permohonan Program Dermasiswa

Untuk memohon permohonan Program Dermasiswa ini, permohonan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang eSILA iaitu = https://esilav2.jpa.gov.my/. selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.

Permohonan Program Dermasiswa
DB40 JPA 2022 : Permohonan Program Dermasiswa Untuk Lepasan SPM 2021 5

Maklumat Lanjut

Untuk seabarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai DB40, sila layari laman web = https://esilav2.jpa.gov.my/ ATAU hubungi 03-88853297.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan ini ?

15 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022.

Bolehkah lepasan SPM 2020 untuk memhon permohonan dermasiswa ini ?

Tidak. Untuk lepasan SPM 2021 sahaja.