SERY KBS bagi Program Keusahawanan Sosial Belia. SERY adalah satu program yang membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.
Program ini SERY ini juga merupakan program yang bertujuan menggabungkan latihan bimbingan dan pementoran yang akan dilaksanakan 6 bulan.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.

Tarikh Penyertaan
Bagi belia yang berminat boleh membuat permohonan penyertaan Program Keusahawanan Sosial Belia sehingga 31 Julai 2022.
Syarat Penyertaan
Bagi belia yang berminat untuk menyertai program ini, pastikan dapat memenuhi syarat penyertaan seperti berikut :
- Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia.
- Berusia 18 tahun – 30 tahun (Pelajar IPT/Orang Awam).
- Idea keusahawanan sosial pemohon haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah:
– Pembangunan Komuniti
– Pendidikan
– Alam Sekitar - Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial.
- Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang).
Cara Mohon Penyertaan Program Keusahawanan Sosial Belia
Untuk memohon penyertaan Program Keusahawanan Sosial Belia, penyertaan boleh dilakukan dengan ikuti langkah-langkah seperti dibawah:
- Layari pautan pendaftaran disini = https://form.jotform.com/221790736642056
- Baca syarat penyertaan dan klik butang “Next”.
- Is maklumat pedaftaran yang ditetapkan.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar penyertaan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Keusahawanan Sosial Belia SERY KBS, sila hantar email ke alamat [email protected]
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk memohon peyertaan ?
18 tahun – 30 tahun.
Bilakah tarikh permohonan penyertaan ini ?
sehingga 31 Julai 2022.