Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

By ridhwan

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation adalah satu bantuan pendidikan yang diberikan kepada pelajar lepasan SPM, STPM, atau Diploma yang layak dan memenuhi kriteria bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjanan Mudan dan Sarjana.

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation ini juga adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.

Tarikh Permohonan

Bagi pelajar yang berminat, pastikan segera membuat permohonan sebelum 28 Julai 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan pendidikan ini adalah :

  • Permohonan melalui borang digital.
  • Warganegara Malaysia.
  • Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  • Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4000 dan ke bawah).
  • Tahap pengajian di peringkat Sijil, diploma dan Sarjana Muda.
  • Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian pengajian Tinggi.
  • Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua kampung/pegawau Kerajaan Gred A.
Bantuan Pendidikan Yayasan Johor
Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022 5

Cara Mohon Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor

Cara mohon permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor ini adalah :

  1. Layari laman web = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar
  2. Klik butang “Daftar Sekarang”.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen lampiran permohonan.
  5. Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
Bantuan Pendidikan Yayasan Johor
Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022 6

Lampiran Permohonan

Antara lampiran permohonan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah :

  1. Borang kemasukan ke IPT.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.

Untuk makluman, pastikan dokumen tersebut disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor ini, sila hubungi 07-2192692 atau layari laman web = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan ini ditutup ?

28 Julai 2022.

Bolehkah pemohon yang dari golongan M40 ?

Tidak. Untuk golongan B40 saha.