Permohonan Sijil Veterinar Malaysia. Untuk makluman, Sijil Veterianar Malaysia ini adalah setaraf dengan Kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Kewujudan Sijil ini adalah untuk menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta sebagai pegawai pengembangan barisan hadapan.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Manfaat Yang Diperoleh
Manfaat yang akan diperoleh peserta kursus ini adalah :
- Tempat penginapan
- makan minum
- Elaun RM200 sebulan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur di antara 19 hingga 25 tahun ( berumur tidak melbihi 45 tahun bagi pegawai kerajaan) semasa permohonan.
- Berkelulusan SPM / SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti :
– Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Enggeris.
– Lulus dalam mata pelajaran MAtematik.
– Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut : Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Pengurusan Ladang, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat. - Berjaya dalam temu duga yang akan dijalankan.
- Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan).
- Sihat tubuh badan.
Cara Mohon Permohonan Sijil Veterinar Malaysia
Permohonan Sijil Veterinar Malaysia boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan disini = https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf?fbclid=IwAR1sGjU1U2ngXZSxpCbLPp3C416mavahHyha48iT2475h6fF9_FNNA-QBjI
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan ke alamat seperti berikut :
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 2, Lot 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No.28, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya MAlaysia.
ATAU
Institut Veterinar Malaysia,
km.13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520,
86009 Kluang Johor Darul Takzim.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Sijil Veterinar Malaysia, sila hubungi 03-88702000 atau 07-7597000.
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?
Berumur 19 hingga 25 tahun ( Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pegawai kerajaan) semasa permohonan.
Berapakah kadar elaun untuk sebulan yang diperolehi ?
Elaun sebanyak RM200 sebulan