Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran ini adalah salah satu skim bantuan zakat yang disediakan oleh Baitumal MAIWP.
Bantuan ini juga adalah bantuan yang diberikan sebagai insentif kepada para penghafaz Al-Quran atas usaha mereka dalam menjaga kesucian dan memartabatkan Al-Quran.
Tarikh Permohonan
Bagi pemohon yang berminat, boleh buat permohonan mulai 18 Julai 2022 (Isnin) dan permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak MAIWP sebelum 15 Ogos 2022, iaitu hari Isnin.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah sperti berikut :
- Islam dan Warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu A-Quran serta isi kandungan secara umum.
- Kategori juzuk yang ditawarkan :
– Juzuk 1-5
– Juzuk 1-10
– Juzuk 1-20
– Juzuk 1-30 - Bagi pemohon yang pertama kali, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.
- Pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 Juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.
Cara Mohon Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi borang permohonan yang diperolehi melalui :
- Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
- Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
- Muat turun borang di laman web MAIWP disini = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-40477600 /7410/7411/7412/7413/7632 Atau layari laman web = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh hendak diserahkan borang permohonan bantuan tersebut?
Sebelum 15 Ogos 2022 (Isnin).
Bolehkah pemohon memohon mana-mana kategori juzuk bacaan ?
Tidak. Hanya pemohon yang pertama kali sahaja.