Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation ini adalah untuk mereka pelajar lepasan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan pendidikan ini adalah satu inisiatif yang berupa bantuan yuran persediaan untuk menampung kos perbelanjaan atau pendaftaran ke Institusi Pengajiaan Tinggi (IPT). Sumbangan ini diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).
Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.
Tarikh Tutup Permohonan
Bagi pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022.
Objectik Bantuan
- Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa / penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
- Membela nasib pelajar agar mereka dapat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.
Syarat Permohonan
Untuk syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, calon perlulah memenuhi syarat yahg telah ditetapkan seperti berikut :
- Permohonan dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja.
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Permohonan bantuan dilakukan untuk kali pertama (sekali sahaja).
- Pendapatan isi rumah dari golongan B40 (RM4000 dan ke bawah).
- Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
- Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
- Tawaran terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
- Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Cara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Bagi yang berminat untuk memohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar
- Klik butang “Daftar Sekarang”.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen lampiran permohonan.
- Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam permohonan adalah :
- Borang kemasukan ke IPT.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
- Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07 219 2692 atau layari laman web = http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan pendidikan ini ?
28 Julai 2022.
Apakah salah satu objektif dari bantuan ini ?
Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bpa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.