Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) : Tujuan utama PPBU dilaksanakan adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan secara sepenuh masa.
Pembiayaan ini ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu :
- Sijil Kemahiran
- Diploma Kemahiran
- Diploma
Tarikh Permohonan Pembiayaan
Bagi pelajar yang berminat bolej membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 12 Ogos 2022 secara atas talian.
Kursus Yang Layak
Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.
Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut :
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan Perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang-undang
- Sains Aktuari
Bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Professional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian.
Untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut :
Peringkat Pengajian | Jumlah Pembiayaan |
Sijil Kemahiran | Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 Sebulan) |
Diploma Kemahiran | Maksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 Sebulan) |
Diploma | Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000) |
Pembayaran Balik Pembiayaan
Bayaran balik bagi pembiayaan adalah bergantung dari CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.
CGPA | Diskaun | Peratusan Pembayaran Balik |
3.50-4.00 | 100% | 0% |
3.33-3.49 | 90% | 10% |
3.00-3.32 | 80% | 20% |
2.75-2.99 | 50% | 50% |
2.50-2.74 | 30% | 70% |
<2.50 | 0% | 100% |
Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.
Syarat Kelayakan
Syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi oleh pemohon adalah :
- Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
- Pelajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institusi Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NTVC) / Agensi Kerajaan Malasysia yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amah YBR.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah ini, dan tidak melebihi dari 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah
PermohonanPembiayaan Pendidikan Boleh Ubah hanya boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat = https://application.yayasanbankrakyat.com.my/
Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM100.
Pemohon juga boleh rujuk menerusi gambar dibawah bagi membuat permohonan tersebut :
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat ini,Sila layari laman web rasmi https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu ATAU anda boleh terus hubungi nombor di talian 03 26129600.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan pembiayaan ini ?
1 Julai 2022 hingga 12 Ogos 2022.
Berapakah had umur untuk memohon permohonan pembiayaan ini ?
Hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi umur 30 tahun selepas tamat pengajian.