Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak – (BPKNS) Sesi 2022/2023

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bagi menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPTA da Politeknik.

Pelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.

Tarikh Permohonan

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak, pelajar boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022.

Pembiayaan Biasiswa

Bagi pembiayaan yang akan diberikan menerusi biasiswa pinjaman ini adalah termasuk :

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi adalah :

  1. Anak Jati Sarawak.
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkay Diploma daripada IPTA dan Politeknik.
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan (Perguruan) atauPerubatan.
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh aalah tidak layak untuk memohon.
  5. Keutamaan diberi kepada pemohon dari keluarga golongan B40 (Pendapatan isi rumah RM4,850.00 ke bawah).
Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

Cara Mohon Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

Semua permohonan hendaklah dibuat atas talian melalui laman web yang tertera ini = https://escholarship.sarawak.gov.my/escholarship/welcome

Untuk kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dan bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.

Permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran dan jika tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohoan dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak, pemohon boleh hubungi terus di talian = 082-236325/08-236554 ATAU anda boleh layari laman web rasmi Suruhnjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak = https://psc.sarawak.gov.my/?fbclid=IwAR0RYVGqPpcYg97MalU-W4rC3hR3bZauUw4lbc6RY5c9I1sXlqOdPAxN5BM.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan Biasiswa Pinjaman ini ?

Bermula pada 1 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Bolehkah pelajar kelahiran Sabah untuk memohon ?

Tidak. Permohonan hanya untuk anak jati Sarawak sahaja.