FELDA (SIAP) 2022 : Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka

Prmohonan Skim Insentif Anak Peneroka FELDA (SIAP). Bagi Anak peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA kini boleh memohon Skim Insentif Anak Peneroka ini.

Skim Insentif ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Oleh itu, bagi anak peneroka yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka ini adalah :

  • Diploma : RM500
  • Ijazah Dalam Negara : RM1,000
  • Ijazah Luar Negara : RM1,500

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat Diploma, Ijazah dalam negara atau Ijazah luar negara.

Syarat Permohonan

Syarat Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah :

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  2. Had umur bagi permohonan :
    – Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun.
    – Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun.

Permohonan Tidak Layak

Bagi permohonan yang tidak layak untuk memohon adalah :

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra?Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kementerian FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCF ke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Cara Mohon Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka

Cara mohon bagi permohonan Skim Insentif Anak Peneroka ini, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.
FELDA (SIAP) 2022 : Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka 4

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah :

  1. Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan kad pengenalan peneroka
  4. Salinan penyata pendapatan (Paysheet) peneroka terkini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP), pemohon boleh layari laman web = https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon skim ini bagi peringkat Diploma ?

Bagi peringkat Diploma berumur 18 tahun hingga 23 tahun.

Berapakah kadar insentif yang diberikan bagi peringkat Diploma ?

Kadar insentif yang diberikan bagi peringkat Diploma adalah sebanyak RM500.