Bagi tawaran Bantuan Pendidikan MUIS untuk pelajar Negeri Sabah kini dibuka bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam negara.
Contents
hide
Skim ini dibuka bagi membantu pembiayaan pelajar dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal.
Peringkat Pengajian Yang Layak Memohon
Antara peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah :
- Sijil
- Asasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Umum
Bagi pelajar yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.
- Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.
- Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.
Cara Mohon Bantuan Pendidikan MUIS
Untuk memohon Bantuan Pendidikan MUIS ini, pemohon boleh lakukan permohonan bantuan ini menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi = https://appszakat.sabah.gov.my/index.php
- Klik pada bahagia Log Masuk.
- Klik bahagian “Daftar Sekarang”.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Pengesahan”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat pendaftaran sehingga tamat.
- Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.
Soalan Lazim
Bolehkah pelajar negeri lain untuk memohon bantuan ini ?
Tidak.
Sekiranya pelajar telah menerima bantuan lain, adakah pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan ini ?
Tidak.