Permohanan Iltizam Anak Selangor : Caruman RM100 Untuk Anak Baru Lahir

Permohanan Iltizam Anak Selangor. Iltizam Anak Selangor adalah bantuan dalam bentuk caruman yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang akan dimasukkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Pelaksanaan inisiatif ini akan ilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pembukaan akaun SSPN Prime bagi anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 dan tempoh permohonan akan dibuka sehingga mencapai kouta 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Apa Itu Iltizam Anak Selangor

Permohanan Iltizam Anak Selangor

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi inisiatif ini adalah :

i.) Kriteria Anak

  1. Anak kelahiran bermula tahun 2022.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir di Selangor.
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor.


ii.) Kriteria Ibu Bapa

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Sedang menetap di Negeri Selangor.
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Permohanan Iltizam Anak Selangor : Caruman RM100 Untuk Anak Baru Lahir 4

Cara Mohon Permohanan Iltizam Anak Selangor

Permohanan Iltizam Anak Selangor boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di = https://www.anas.yawas.com.my/
  2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
  3. Permohonan boleh disemak melalui di laman web = https://www.anas.yawas.com.my/
Permohanan Iltizam Anak Selangor : Caruman RM100 Untuk Anak Baru Lahir 6

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut :

  1. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut : Salinan sijil lahir anak.
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak.
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.
  4. Salinan Surat Akaun Berkanun / Sijil Anak Angkat.
  5. Salinan akaun sumpah (hubungan selain ibubapa kandung / angkat)
Permohanan Iltizam Anak Selangor : Caruman RM100 Untuk Anak Baru Lahir 8

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohanan Iltizam Anak Selangor, sila layari laman web = https://anas.yawas.com.my/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh mula permohonan ?

1 Ogos 2022

Berapakah had ibu bapa untuk boleh memohon bantuan ini ?

Kriteria ibu bapa : Berumur 18 tahun ke atas.