Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang.
Sempenan ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang sejak dari tahun 1982-2022, Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang kini menawarkan diskaun sebanyak 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang bagi peminjam-peminjam.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Diskaun sebanyak 40% ini akan diberikan kepada peminjam yang dapat menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain.
Tarikh Tawaran Diskaun 40%
Bagi peminjam yang ingin menyelesaikan secara penuh ke atas baki pinjaman, Diskaun 40% akan diberikan bermula pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.
Sebab Kempen Diskaun 40% Dilaksanakan?
Kempen ini dilaksanakan adalah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam untuk menyelesaikan baki pinjaman.
Kempen ini juga membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kempen diskaun 40% ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan Covid-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Cara Semak Penyata Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang
Untuk mendapatkan Penyata Pinjaman dan Jadual Bayaran Balik secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang atau terus ke pautan ini = https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
Sila ikuti langkah-langkah panduan untuk membuat semakan penyata :
Langkah 1
Sila log masuk id pengguna dan kata laluan menggunakan nombor kad pengenalan peminjam.
- Contoh : 870502065293
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang (Diskaun sebanyak 40%) , sila hubungi nombor di talian berikut :
- 09-5181800 / 09-5181885 / 09-5181886 / 09-5181882 / 09-5181883 / 09-5181898 / 09-5181820.
Soalan Lazim
Berapakah tawaran diskaun yang diberikan untuk bayaran balik pinjaman tersebut ?
Diskaun sebanyak 40%.
Sekiranya peminjam menyelesaikan pinjaman secara ansur-ansur, adakah peminjam tersebut mendapatkan tawaran diskaun 40% ?
Tidak. Pemberian diskaun 40% diberikan kepada mereka peminjam yang ingin melunaskan secara penuh.