Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang. Bagi pemilik bengkel di Negeri Pulau Pinang yang mana perlukan bantuan boleh memohon bantuan yang telah disediakan oleh Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang.
Bantuan Khas Zakat ini diberikan kepada pemilik bengkel yang layak sahaja dan beroperasi atau bermastautin di negeri tersebut.
Dengan adanya pemberian bantuan ini sekaligus membantu pemilik bengkel di Pulau Pinang untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka terutamanya mereka yang tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak lain.
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan ini dibuka mulai 8 Ogos 2022 (Isnin) dan akan ditutup pada 22 Ogos 2022 (Isnin).
Pemilik Bengkel
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan dan syarat permohonan bagi Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang ini adalah :
- Permastautin dan mempunyai premis / bengkel yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang.
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan BPT.
- Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022.
- Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
Cara Mohon Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang
permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang telah disediakan oleh pihak Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Borang permohonan tersebut boleh didapati di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar semula ke kaunter perkhimatan zakat tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 011-287-4558 atau layari laman web = https://v2.zakatpenang.com/
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan ini ?
22 Ogos 2022 (Isnin).
Sekiranya bengkel beroperasi tapi tidak mempunyai lesen perniagaan, adakah layak menerima bantuan khas zakat ini ?
Tidak. Pemohon wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan Lesen PBT.