Jadual Tarikh Bayaran BKM Bagi September 2022 (Fasa 3)

Pihak Hasil telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi bulan September 2022.

Tarikh bayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jadual ini dikeluarkan secara rasmi oleh pihak BKM sendiri.

Daripada jadual tersebut, kita boleh lihat bahawa bagi kemaskini yang dibuka pada bulan Ogos 2022 ini, tuntutan bayaran boleh dibuat pada 8. September 2022.

Ini bermaksud, pembayaran fasa 3 BKM mungkin akan diterima oleh para penerima BKM fasa 3 pada 5-8 September 2022. Bersamaan hari isnin-khamis pada minggu kedua bulan September 2022.

Bagaimanapun, masih tiada tarikh rasmi yang diiumumkan. Sama-sama kita tunggu dan lihat tarikh yang akan diumumkan.

Sementara itu, bagi anda yang ingin semak status, boleh layari bkm.hasil.gov.my

Selain itu, anda boleh lihat jumlah yang bakal anda terima pada BKM fasa 3 ini pada pautan ini. JUMLAH BKM FASA 3

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Bagi yang masih tertanya-tanya apakah tujuan kemaskini yang dibuat. Ianya adalah untuk membuat pindaan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan;

  • Nombor Telefon Rumah
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat e-Mel
  • Nama dan Nombor Akaun Bank*
  • Maklumat Wakil
  • Terhad kepada akaun bank pemoh