Penamaan Waris akaun Tabung Haji adalah satu langkah penting yang harus diambil oleh semua pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih. Tindakan ini penting kerana ia membolehkan pendeposit menamakan seorang atau dua orang sebagai penerima namaan untuk maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada Tabung Haji (TH) selepas dia meninggal dunia. Tindakan ini bertujuan untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan.
Penamaan Waris TH
Penamaan Waris akaun Tabung Haji ini mempunyai kepentingan yang besar kerana ia membantu waris untuk memudahkan urusan pengeluaran wang simpanan si mati. Ia juga membolehkan pendeposit menentukan siapa yang berhak menerima wang simpanan apabila dia meninggal dunia. Penamaan ini juga boleh dilakukan untuk memastikan wang simpanan pendeposit disalurkan kepada waris-waris yang berhak mengikut Hukum Syarak.
Menurut peraturan Tabung Haji, waris-waris yang berhak menerima simpanan adalah seperti berikut:
- anak lelaki
- cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah
- bapa
- datuk sebelah bapa dan ke atas
- adik-beradik lelaki kandung
- adik-beradik lelaki sebapa
- adik-beradik lelaki seibu
- anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung
- anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah
- bapa saudara sekandung dengan bapa
- bapa saudara sebapa dengan bapa
- anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa
- anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa
- suami, anak perempuan
- cucu perempuan daripada anak lelaki
- ibu
- nenek sebelah ibu
- nenek sebelah bapa, adik-beradik perempuan kandung
- adik-beradik perempuan sebapa
- adik-beradik perempuan seibu dan isteri.
Cara Membuat Penamaan Waris Tabung Haji
Pendeposit harus membuat penamaan waris semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan menghantarnya ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.
Namun, sesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti kematian penama, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, dengan kematian semua penama itu semasa hayat pendeposit; berhubung dengan kepentingan di bawah penamaan bagi mana-mana penama, dengan kematian penama itu semasa hayat pendeposit, melainkan jika kepentingan penama dilupuskan oleh penamaan itu
Untuk maklumat ;anjut hubungi TH di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/form/hibah-registration