Cara Pendaftaran Haji dan Syarat-syaratnya

Konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” dalam Sistem Pendaftaran Haji Terbuka Tabung Haji (TH):

  • Pendeposit Tabung Haji yang mendaftar haji diberi tahun peruntukan untuk menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
  • Semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

Syarat-syarat untuk mendaftar haji

  • Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  • Tidak pernah menunaikan fardu haji.
  • Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
  • Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.

Pendaftaran melalui KWSP

  • Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
  • Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka.
  • Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah Warganegara Malaysia, Beragama Islam, Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00, dan Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja.

Saluran pendaftaran haji

  • Kaunter TH dan Kaunter Bergerak TH
  • Rakan Strategik TH
  • THiJARI
  • Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Pendaftaran haji untuk Bakal Haji Rakyat Malaysia dari Luar Negara:

  • Bakal haji perlu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab Saudi dari Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon.
  • Bakal haji boleh mendaftar semula bagi mendapatkan tahun peruntukan tunai haji yang baharu jika membatalkan pendaftaran haji.
BACA JUGA:  BSN Online Cara Daftar dan Login MyBSN Bank Simpanan Nasional

Cara Rayuan Haji

Tabung Haji memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) atau melalui video tutorial online.