Aplikasi e-Asrama Harian KPM: Panduan Penggunaan Sistem

Aplikasi e-Asrama Harian KPM adalah aplikasi web yang dirancang khusus untuk pengguna yang ingin mengakses dan memasukkan maklumat prestasi asrama harian. Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk mengemaskini maklumat prestasi asrama harian secara online dan menggantikan kaedah manual yang sukar dan memakan masa. Berikut adalah panduan penggunaan aplikasi e-Asrama Harian KPM.

Log Masuk (Log On) Pertama Kali (Pengguna Baru)

Buka browser Mozilla dan masukkan URL https://tah.moe.gov.my/. Klik Enter. (b) Pengguna pertama kali (pengguna baru) dikehendaki memasukkan maklumat asas seperti di bawah. Rujuk Jadual 1. (c) Klik butang Log Masuk.

Aplikasi e-Asrama Harian KPM: Panduan Penggunaan Sistem 3
Aplikasi e-Asrama Harian KPM: Panduan Penggunaan Sistem 5

NOMBOR MYKAD: Masukkan nombor MyKad 12 digit dengan nombor 0. Contoh: 000000000000 KATA LALUAN: Masukkan kod sekolah. Contoh: ABA1209

Kemaskini Maklumat Pengguna

Pengguna akan diminta untuk mengemaskini maklumat pengguna setelah berjaya masuk kepada sistem.Masukkan semua maklumat di Jadual 2 dan tekan butang Kemaskini.

NOMBOR MYKAD: Masukkan nombor MyKad 12 digit “0”. Contoh: 000000000000 NAMA PEGAWAI: Contoh Ahmad bin Ibrahim E-MEL: Contoh [email protected] NO TELEFON: Contoh 0123693698 KATA LALUAN BARU: Masukkan 8 aksara kata laluan baru. Contoh: ABA1209p PENGESAHAN KATA LALUAN BARU: Masukkan 8 aksara kata laluan baru. Contoh: ABA1209p

Pengguna berjaya mengemaskini maklumat akan menerima mesej dan Klik Butang OK. Rujuk Rajah 3.

Rajah 3

Keluar Sistem (Log Out) Sistem

(a) Sila Klik pada Log Keluar bagi tujuan keluar daripada sistem.Mesej dibawah akan dipaparkan apabila pengguna berjaya keluar daripada sistem.

Log Masuk (Log On) Sistem (Pengguna Berdaftar)

(a) Buka Browser (Mozilla) dan Masukkan URL http://apps8.moe.gov.my/smg/tah dan Klik Butang Enter. Masukkan No My Kad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan Klik Butang Log Masuk. Modul Data Prestasi Asrama Harian (Maklumat DPAS) akan dipaparkan.

BACA JUGA:  Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022: Syarat,Tarikh, Jumlah Bayaran