Siapa dan Bila Akan Dikenakan Cukai Pendapatan LHDN

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan pada setiap individu yang menerima pendapatan hasil di Malaysia atau dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran. Di Malaysia, cukai pendapatan dikenakan mengikut undang-undang Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) dan diperuntukkan dalam Seksyen 3(1) ACP.

baca juga: Cara isi e-Filing 2022/2023

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Siapakah akan dikenakan cukai

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai, perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Skop pengenaan cukai seseorang individu bergantung kepada taraf mastautinnya. Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan mengikut Seksyen 45A ACP hingga Seksyen 49 ACP. Sementara itu, individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Bilaka akan dikenakan cukai

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai. Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami/isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai. Ini termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Perniagaan merangkumi milikan tunggal/bekerja sendiri dan perkongsian. Perkongsian meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Contoh perniagaan termasuklah perniagaan runcit, perniagaan pasar malam/gerai, perniagaan melalui internet (Ekonomi Digital), bidang lakonan/nyanyian/duta produk/ulasan produk, komisen/kelas tuisyen/penceramah, perniagaan jualan langsung/stokis, bidang penulisan/Youtuber/Blogger, pertanian dan penternakan, klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal profesional, serta pemandu tekxi/e-hailing.

sumber: LHDN