Bila tiba bulan Mac, maka tiba jugalahlah waktu percukaian. Di mana sesiap yang berkenaan perlu mengemukakan pendapatan yang dicukaikan.
Sebelum anda mengisi e filing, apa kata kita lihat dulu borang-borang yang terdapat di dalam sistem e-filing.Ini bagi mengelakkan anda tersalah isi borang mengikut kategori yang sepatutnya.
📚Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Selain menguruskan cukai, anda juga boleh mendaftar bantuan MyKasih untuk kemudahan kewangan.
Kategori Borang e-Filing LHDN 2025
Anda perlulah mengisi mengikut jenis borang. Jangan tersalah isi borang B atau BE dan yang lain-lain.
Anda boleh lihat kategori seperti di bawah ini:
Selepas anda tahu anda berada dalam kategori mana, barulah boleh mengisi borang e-filing.
Cara Isi e-Filing LHDN 2025
Pertama sekali layari laman web https://ez.hasil.gov.my atau https://mytax.lhdn.gov.my
Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.Pastikan frasa keselamatan betul, kemudian barulah masukkan kata laluan anda.
Pergi ke bahagian e-Borang yang terdapat di bawah menu e-Filing.
Anda pilih jenis borang sama ada e-BE , E-B ataupun e-BT dan lain -lain borang yang berkaitan.
Pilih tahun taksiran.
Anda akan dipaparkan dengan maklumat individu. Sila masukkan kesemua ruangan yang wajib diisi.
Tiba bahagian pendapatan berkanun. Pada bahagian ini, anda masukkan kesemua pendapatan yang pernah diperolehi pada tahun 2021. Ini termasuklah pendapatan daripada gaji, faedah, royalti, pencen, dan apa-apa pendapatan atau keuntungan yang lain.
Kemudian, tiba bahagian pelepasan cukai. Masukkan pelepasan-pelepasan yang holeh anda tuntut.
Sila pastikan pelepasan yang anda tuntut mempunyai bukti seperti resit pembayaran/pembelian. Contohnya resit perubatan ibu bapa, resit pembelian telefon pintar baru, pembelian buku-buku dan juga resit-resit pembelian yang lain.
Jangan masukkan jumlah yang tidak sama dengan dalam resit ataupun jangan masukkan jika tidak mempunyai bukti . Ini kerana di masa hadapan, pihak LHDN akan meminta bukti. Jika gagal kemukakan, akan mendapat penalti dari LHDN.
Akhir sekali, akan dipaparkan rumusan yang anda masukkan tadi. Ianya berserta jumlah cukai yang perlu anda bayar.
Klik teruskan untuk menghantar borang nyata cukai pendapatan anda.
Sila semak semula jika semuas maklumat adalah betul. Anda boleh juga simpan dahulu draft sebelum meymabung untuk mengisi semula borang ini.
Sila pastikan semua makluamt pendapatan dan juga pengecualian cukai betul. Nak mudah susun dokumen-dokumen, boleh lihat di sini.
Kami mengucapkan selamat mengisi borang e-filing 2025.
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info percukaian dan juga info-info bantuan yang disediakan kerajaan.
Jika ada saman tertunggak, ketahui cara semak saman JPJ dengan mudah
Adakah resit diperlukan untuk tujuan pelepasan cukai?
Ya.