Senarai Bantuan Akan diterima Rakyat Malaysia Bulan September 2022

Bulan September 2022 baru sahaja menjelma. Dengan kenaikan kos sara hidup makin meningkat saban hari, pastinya satu lagi bulan yang perit perlu dilalui. Apatah lagi bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan dan badan-badan yang lain.

Di sini, kami kongsikan beberapa bantuan yang akan diterima oleh rakyat Malaysia pada bulan September 202.

Senarai Bantuan Diterima Rakyat Malaysia 2022

BKM

Pastinya yang mendahului senarai adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM dijangka akan dibayar kepada penerima pada minggu kedua bulan September 2022. Untuk melihat jumlah yang akan diterima, klik sini.

Peranti Siswa

Bagi golongan pelajar yang lulus peranti siswa, akan menerima sebuah tablet jenama Samsung model Samsung Tab A8 LTE.

Jika ada yang masih belum memohon, permohonan dibuka sehingga 30 September 2022.Maklumat lanjut Peranti Siswa.

peranti siswa

Bantuan Warga Emas (BWE)

Buat warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada bulan September 2022 ini.

Mysalam

Penerima yang lulus Mysalam juga akan terus dikreditkan pembayaran ke dalam akaun masing-masing.

Pelanjutan Pelepasan Cukai

Ini bukan bantuan kewangan, namun satu pelepasan yang tidak patut dibiarkan. Kepada anda yang membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini. Simpan resit bagi mendapatkan pelepasan cukai indidividu. Ini kerana pelepasan cukai ini akan berakhir pada 31 Disember 2022.

Elaun Pekerja OKU (EPOKU)

Bagi golongan OKU yang bekerja pula, akan tetap menerima elaun bulanan mereka yang berjumlah sehingga RM450 sebulan. Jumlah dan cara mohon elaun ini boleh dilihat di sini.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Semoga senarai bantuan ini dapat membantu anda untuk terus melalui hidup anda dengan lebih kuat di masa akan datang.