Pengumuman Terbaru LHDN Mengenai Kemaskini BKM 2022 Bermula 12 September

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada laman Facebook milik mereka baru sahaja membuat pegnumuman mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Ianya adalah pengumuman kemaskini maklumat asas permohonan lulus BKM tahun 2022. Menurut LHDN, para pemohon kini boleh mula membuat kemas kini permohonan lulus BKM masing-masing.

Kemaskini ini adalah bagi penerima BKM yang tidak ada mengemukakan sebarang rayuan kepada LHDN.

Tarikh kemaskini ini dibuka adalah bermula 12 September 2022 sehingga tarikh 29 September 2022.

Kemaskini yang dibuka ini adalah terhad bagi pengemaskinian maklumat seperti berikut:

  • Nombor telefon rumah.
  • Nombor telefom bimbit
  • Alamat emel
  • Maklumat wakil

Cara Kemaskini maklumat BKM Online

Kemaskini boleh dilakukan dengan melayari : https://bkm.hasil.gov.my

Login ke dalam sistem MYBKM dan masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang anda gunakan ketika membuat pendaftaran.

pengumuman rasmi dari LHDN

Bilakah Kemaskini BKM ini dibuka?

Bermula 12 September 2022 – 29 September 2022

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Apakah maklumat yang boleh dikemaskini pada sesi kemaskini ini?

1.Nombor telefon rumah.
2. Nombor telefom bimbit
3. Alamat emel
4. Maklumat wakil